Menjana Tenaga Lestari Dan Menijmatkan Melalui Skim NEM

Konsep Net Energy Metering (NEM)akan memastikan tenaga yang dihasilkan dari sistem fotovolta suria (solar PV) yang dipasang di kediaman atau premis perniagaan akan habis digunakan terlebih dahulu dan sekiranya terdapat lebihan, ia akan dieksport dan dijual kepada pemegang lesen pengedaran, sebagai contoh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi pengguna di Semenanjung Malaysia dan Sabah Electricity Supplier Sdn. Bhd (SESB) di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak pada November 2023, Rang Undang-undang (Pindaan) Elektrik yang diluluskan bertujuan untuk mengukuhkan lagi komitmen Sarawak membangunkan dasar peralihan tenaga seperti tenaga solar dan hidro.

Untuk mempromosi tenaga solar, pindaan itu telah membenarkan pemasangan solar 50kW berlesen daripada 5kW yang tidak memerlukan lesen di bawah peruntukan Seksyen 4(5) sebelum ini.

Panel solar di bawah Skim NEM yang dipasang di projek perumahan Hainton Residences, Semariang

Ordinan baharu akan meningkatkan dan memudahkan pemasangan sistem solar 50kW di atas bumbung biasa untuk rumah kediaman dan premis komersial kecil atau premis perindustrian serta membolehkan penggunaan sendiri ataupun penyertaan dalam Skim NEM yang diperkenalkan oleh Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) dengan pembeli tunggal memperoleh lebihan elektrik.

Pindaan ordinan tersebut juga memberi implikasi yang signifikan kepada Sarawak Energy Berhad (SEB) apabila dilantik sebagai pembeli tunggal tenaga di Sarawak.

Ini bermakna, SEB akan membeli tenaga yang dijana oleh pengeluar lain dan disalurkan melalui grid penghantaran dan pengedarannya untuk membekalkan elektrik kepada pelanggan.

Gambarajah sambungan terus NEM dari grid elektrik SEB

Di bawah Skim NEM, MUT telah menetapkan had kapasiti pemasangan sistem solar PV pada 12kilowatt-peak (kWp) untuk fasa tunggal dan 20kWp untuk tiga (3) fasa, tertakluk pada ketersediaan kuota, iaitu tidak lebih daripada 75% jumlah keseluruhan pemuatan pengubah maksimum di sesebuah kawasan dari pukul 11 pagi hingga 3 petang dalam tempoh enam (6) bulan lepas.

Pemohon perlu memasang sistem solar PV dengan kapasiti yang menjana tenaga tidak melebihi 75% penggunaan purata dalam tempoh 12 bulan lepas manakala jenis pemasangan yang dibenarkan pula ialah modul POV yang boleh dipasang di atas bumbung rumah ataupun bangunan, ruang parkir kereta dan struktur lain seumpamanya.

Gambarajah sambungan untuk meter PV dan meter penggunaan yang dibekalkan oleh SEB

Bagi pemasangan yang selain daripada dua (2) kriteria tersebut, pemohon perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak SEB termasuk aspek keselamatan pemasangan sebagai sokongan untuk kelulusan daripada Pengarah Bekalan Elektrik.

Pada Mac 2023, SEB telah berkolaborasi dengan Universiti Teknologi Sarawak (UCTS) dan syarikat Gabungan Binaan Jurutenaga Sdn Bhd melancarkan Skim NEM yang pertama di projek perumahan pintar Hainton Residences di Semariang, Petra Jaya.

Projek yang melibatkan 15 unit rumah di perumahan tersebut dilengkapi dengan sistem solar PV yang akan disambungkan ke Grid Elektrik Sarawak berdasarkan Garis Panduan Skim NEM yang telah diperkenalkan oleh MUT pada Ogos 2021.

Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, YB Datuk Julaihi bin Narawi yang melancarkan projek tersebut, sistem solar PV dengan penjanaan terkumpul 244 kWp dipasang di kediaman berkenaan dan jumlah kuasa yang dieksport ke grid dianggarkan sehingga 279,000 kilowatt-jam setahun.

Skim NEM yang diperkenalkan MUT dapat membantu pengguna mengurangkan kos bil utiliti bulanan

Penjanaan daripada skim tersebut akan meningkatkan kapasiti terpasang serta peratusan penjanaan campuran tenaga boleh baharu grid yang digunakan untuk menampung keperluan pengguna lain termasuk di sektor komersial dan industri.

Di peringkat nasional, program NEM telah diperkenalkan oleh kerajaan pada 2016 dengan peruntukan 500MW sebagai insentif solar untuk meningkatkan penggunaan tenaga solar di Malaysia.

Program mesra alam tersebut dilaksanakan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), dikawal selia oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) bersama dengan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia yang berperanan sebagai agensi pelaksana.

NEM telah dilaksanakan secara meluas pada 2019 dan pada Disember 2020, kerajaan telah mengumumkan NEM 3.0.

Secara amnya, tenaga solar yang berasal daripada cahaya matahari mempunyai beberapa kelebihan dan kebaikan berbanding dengan tenaga elektrik konvensional.

Tenaga solar adalah sumber tenaga lestari kerana dapat menghasilkan penjanaan elektrik berterusan selagi adanya cahaya matahari, seterusnya mengurangkan kebergantungan pada bekalan arang batu yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Ini merupakan kelebihan utama tenaga solar.

Selain itu, tenaga solar juga mesra alam dan merupakan sumber tenaga elektrik terbaik untuk menggantikan bahan bakar konvensional kerana ia adalah sumber tenaga alternatif yang tidak mencemarkan alam sekitar, bersih dan boleh diperbaharui.

Kelebihan-kelebihannya yang lain ialah dapat mengurangkan bil utiliti bulanan selain mudah dipasang dan diuruskan.

Tidak hairanlah ramai pengguna di Malaysia sudah mula menggunakan tenaga suria untuk menjimatkan kos serta mengurangkan penggunaan tenaga elektrik secara konvensional yang lebih mahal.

NEM bukan sahaja dapat memperbaiki sebahagian perbelanjaan utiliti dengan kos yang lebih rendah untuk kediaman keluarga mahupun premis perniagaan, malah juga merupakan komponen penting untuk mengembangkan pasaran tenaga solar dan membuka peluang pekerjaan baharu.

More from author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related posts

Advertismentspot_img

Latest posts

Cultivating the Future Through Sustainable and Smart Farming Transformation

Sarawak pepper, the "King of Spices," is being revitalised through smart farming technologies like IoT sensors, drones, and mobile apps. These innovations double yields, ensure quality, and promote sustainability, empowering smallholder farmers to access premium global markets and secure rural livelihoods.

Smart Solution to Address Losses in the Jellyfish Industry

In an increasingly challenging world facing pressure on natural resources, innovative approaches such as SAJECD deserve continued strengthening, as they demonstrate that effective solutions typically emerge from a deep understanding of on-the-ground realities.

Artificial Intelligence Revolutionizes STEM Education

Despite challenges related to ethics, data security, and the digital divide, various studies indicate that the adoption of AI technology can enhance teaching effectiveness and help students gain a deeper understanding of scientific and technological concepts

Want to stay up to date with the latest news?

We would love to hear from you! Please fill in your details and we will stay in touch. It's that simple!