Kesan Negatif Penyebaran Maklumat Salah dan Palsu

Maklumat salah dan palsu yang tersebar mampu meninggalkan impak negatif kepada minda masyarakat sehingga menimbulkan salah faham yang akhirnya menyebabkan kemarahan serta pergaduhan diantara satu sama lain.

Perbuatan menyebarkan maklumat salah dan palsu ini bukan perkara baharu, bahkan telah berlaku sejak sekian lama dalam bentuk ‘bergosip’, namun kesannya mungkin hanya menjejaskan hubungan sesama individu dan tidak memberikan sebarang impak kepada kewangan atau ekonomi.

Infografik menunjukkan impak negatif penyebaran berita palsu

Sebaliknya, kemajuan teknologi telefon pintar dan kepantasan internet hari ini telah mendorong kepada tabiat baharu orang ramai iaitu menyebarkan maklumat salah dan berita palsu sehingga mampu menjejaskan wang individu dan sumber kerajaan.

Pada masa sekarang, media sosial merupakan medium perhubungan dan penyebaran maklumat sekali gus menjadi satu ‘trend’ dalam kehidupan masyarakat masa kini terutamanya golongan remaja.

Media sosial yang popular dalam kalangan masyarakat pada hari ini antaranya Facebook (FB), Instagram (IG), Whatsapp, Wechat, Twitter, TikTok dan Youtube.

Penyebaran Khabar Anging yang tidak terkawal boleh jejas masa depan dan keharmonian negara

Media-media sosial ini telah banyak disalahgunakan oleh segelintir masyarakat yang tidak beretika untuk menyebarkan maklumat salah dan palsu sehingga mendatangkan kesan negatif kepada individu, keluarga, masyarakat dan juga negara.

Maklumat dan berita palsu seringkali mengandungi unsur-unsur penipuan, mengapi-apikan sentimen perkauman dan memfitnah seseorang untuk menjatuhkan maruah, reputasi dan sebagainya.

Hal ini amat membimbangkan kerana ia dapat mengaibkan individu yang terlibat jika maklumat yang disampaikan tidak benar; memberi kesan negatif kepada reputasi seseorang atau organisasi; menyebabkan kerugian jika melibatkan wang ringgit; dan mengakibatkan penyebaran maklumat yang tidak benar kepada masyarakat.

Peringatan dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar jangan terjebak sebar berita palsu

Sesungguhnya, penyebaran maklumat dan berita melalui media sosial mampu sampai ke pengetahuan orang ramai dalam sekelip mata tanpa mengenal sempadan serta kesahihan.

Maklumat-maklumat salah dan palsu yang disebarkan ini biasanya akan memanipulasi dan mengelirukan rakyat seperti baru-baru ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Malaysia telah menerima maklumat daripada orang awam berhubung tawaran pembiayaan peribadi yang diiklankan di laman Facebook iaitu ‘Lestari Pinjaman Peribadi KPKT’.

Penyebaran berita palsu boleh menyebabkan tekanan kepada penerima atau individu yang dilibatkan

Hasil semakan di laman Facebook tersebut, KPKT mendapati laman tersebut telah diwujudkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, menyalahgunakan logo KPKT (Jata Negara) dan logo syarikat Kedit Komuniti berlesen yang didaftarkan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400).

Maklumat salah dan palsu yang disebarkan boleh menyebabkan masyarakat berasa gelisah, khuatir, tidak puas hati, marah dan akhirnya akan menyalahkan kumpulan tertentu berdasarkan andaian.

Misalnya isu berkaitan ’Skala Gred SPM’ yang tular di media sosial Facebook milik MamaMia Mia pada 11 Jun 2021 dengan kapsyen yang ditulis “Patut aku pelik budak2 sekarang berderet A” dan “#bilasekolahdipolitikkan”.

Berhubung perkara ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menegaskan bahawa ‘Skala Gred SPM’ yang sedang tular tersebut adalah bukan milik Lembaga Peperiksaan, KPM.

‘Skala Gred SPM’ tersebut menggambarkan seolah-olah ianya gred pemarkahan sebenar SPM tahun 2020 dan boleh mengelirukan orang ramai, terutamanya ibu bapa dan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.

Hantaran tersebut turut mencemarkan imej, kewibawaan dan kredibiliti Lembaga Peperiksaan sebagai badan penaksiran negara dan menggugat ketenteraman awam.

Justeru, setiap individu harus sedar bahawa penyebaran maklumat palsu dalam media sosial mampu menimbulkan pelbagai kesan negatif khususnya melibatkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Penyebaran maklumat salah dan palsu juga tidak seharusnya menjadi bahan gurauan dalam laman sosial kerana ia mampu tersebar dengan pantas dan boleh menyebabkan salah faham di kalangan masyarakat.

Oleh sebab itu, masyarakat di negara ini tidak harus menggunakan kemudahan teknologi dan internet untuk melayari sebarang laman sesawang negatif yang boleh mendatangkan kesan tidak baik pada diri, bangsa dan negara.

Walaupun kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap penyebaran maklumat salah dan palsu serta bertindak mendakwa di mahkamah mereka yang menyebarkannya, namun tidak dapat disangkal bahawa maklumat yang meragukan rakyat masih tersebar luas. 

Kesimpulannya, tidak dinafikan bahawa menangani penyebaran maklumat salah, berita palsu dan tindakan sengaja mencetuskan kebimbangan ramai bukanlah satu tugas yang mudah.

More from author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related posts

Advertismentspot_img

Latest posts

Sustainability in Action

The Hari Terbuka Keusahawanan Sosial Belia (HTKSB) showcased Sarawak's social entrepreneurs, inspiring youth to pursue impactful business models that address community issues and promote sustainable development

A Smartphone-Based Screening System

UNIMAS’ smartphone-based screening system showcases digital innovation in healthcare, encouraging young researchers to embrace ethical practices, interdisciplinary collaboration, and clear communication to drive meaningful advancements in medical technology.

Peluang dan Cabaran Sektor Ekonomi GIG

Ekonomi Gig merupakan salah satu daripada pelbagai model perniagaan dalam e-Dagang atau Ekonomi Digital yang tertakluk kepada Seksyen 4 (a) di bawah ACP, 1967.

Want to stay up to date with the latest news?

We would love to hear from you! Please fill in your details and we will stay in touch. It's that simple!