SAIC Akan Meningkatkan Kecekapan Dalam Sistem Pentadbiran

Pada zaman sekarang, teknologi Artificial Intelligence (AI) semakin banyak dimanfaatkan dalam pelbagai bidang bukan hanya di bidang yang dikategorikan kepada teknologi, tetapi juga di sektor-sektor seperti pentadbiran, pertanian, pendidikan dan sebagainya.

Teknologi AI adalah salah satu bidang sains komputer yang memfokuskan pada pembangunan sistem dan mesin yang boleh melakukan tugas yang biasanya memerlukan kecerdasan manusia.

Ini termasuk keupayaan untuk belajar dari pengalaman, memahami bahasa semula jadi, mengenali corak, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Oleh kerana itu, Sarawak tidak seharusnya ketinggalan dalam peredaran teknologi dan perubahan menerusi inovasi-inovasi serta praktis lestari yang kian membangun.

Pengetahuan dan kesedaran orang awam mengenai perkembangan teknologi seperti teknologi AI penting untuk kita sama-sama bergerak seiring di masa depan.

Pada zaman moden hari ini, teknologi AI bukan lagi disifatkan sebagai satu pilihan dalam kehidupan, tetapi ia sudah menjadi keperluan kerana kita perlu bersaing dalam cabaran semasa, justeru kegagalan mengadaptasi AI bermakna, kita akan ketinggalan dalam kehidupan.

AI juga dilihat sebagai faktor penting untuk meningkatkan kecekapan, mengoptimumkan proses dan mencetuskan inovasi.

Penggunaan teknologi AI dalam sector pertanian mampu meningkatkan produktiviti dan kecekapan (Sumber:https://radarkuningan.disway.id/read/652109/artificial-intelligence-sebuah-gebrakan-baru-dalam-kemajuan-industri-pangan)

Dalam sektor kerajaan hingga ke sektor industri, AI menawarkan potensi transformasi, membolehkan pembuatan keputusan lebih cerdas, menjimatkan kos dan penyampaian perkhidmatan lebih baik.

Dalam era digital, organisasi harus mengakui bahawa mengintegrasikan AI ke dalam strategi kerja adalah pilihan wajib yang mana mengadaptasi bukan lagi pilihan, tetapi kewajipan.

Teknologi AI telah menjadi komponen penting dalam pelbagai bidang, termasuk pentadbiran malah, teknologi ini juga telah membawa transformasi dalam sesebuah organisasi dengan menawarkan penyelesaian yang lebih cekap, tepat, dan berkesan.

Melihat kepada kepentingan teknologi AI ini, Kerajaan Sarawak telah mengambil langkah bijak untuk menubuhkan Pusat Kecerdasan Buatan Sarawak (SAIC) yang pertama di negeri ini dengan memberi fokus terutama dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan AI.

Perkara ini dimaklumkan oleh Timbalan Premier, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika berucap pada Forum Perniagaan Gawai Kaamatan 2024 sempena Sambutan Gawai-Kaamatan bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dayak (DCCI) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun (KCCI) pada Julai, lepas.

Timbalan Premier, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyaksikan penyerahan MoU diantara DCCI dan KCCI (Sumber:https://www.utusanborneo.com.my/2024/07/02/sarawak-bakal-tubuh-pusat-ai-pertama)

Menurut beliau, dengan penubuhan pusat AI ini, ia akan dapat membantu usaha mempercepatkan pembangunan bakat tempatan dan menarik pakar global dalam AI sekali gus meningkatkan kesiapsiagaan digital dan daya saing Sarawak dalam menarik pelaburan ke negeri ini.

Tambah beliau, penubuhan SAIC itu sejajar dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai AI bagi memastikan negara-negara membangun mempunyai keupayaan untuk memanfaatkan teknologi itu.

Antara manfaat penggunaan AI jelas beliau ialah, ia dapat mengesan penyakit, meramalkan banjir, membantu petani dan melatih generasi pekerja yang seterusnya.

Justeru, melihat kepada faedah yang dibawa oleh AI kepada pertumbuhan ekonomi, maka Sarawak juga perlu memanfaatkan potensinya ke arah memacu inovasi, meningkatkan kecekapan dan mewujudkan peluang baharu.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan kerjasama sektor awam, akademik serta pemain industri untuk mempercepatkan penggunaan AI dan memaksimumkan impaknya terhadap ekonomi dan pembangunan yang mampan demi masa depan Sarawak.

Kepentingan AI dalam agensi kerajaan tidak dapat dinafikan kerana ia membawa banyak manfaat malah penggunaan teknologi AI dalam sistem pentadbiran dapat meningkatkan kecekapan operasi dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada orang awam.

Kerana itu, AI disifatkan sebagai teknologi yang sangat berguna dalam pentadbiran moden, kerana dari automasi tugas rutin hingga analitik data yang canggih, AI menawarkan pelbagai manfaat yang membantu organisasi mencapai efisiensi, keselamatan, dan keberkesanan yang lebih tinggi.

More from author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related posts

Advertismentspot_img

Latest posts

Technological Pathways for a Sustainable Sarawak Through PCDS 2030

Sarawak’s PCDS 2030 must evolve from static announcements into an interactive, AI-driven ecosystem. Engaging digital-native youth through gamified platforms, open data, and blockchain co-creation transforms them into active co-creators of a sustainable, inclusive, MADANI-aligned future, advancing SDGs and digital equity.

Teknologi VR Merubah Cara Kita Berinteraksi

Dalam dunia teknologi hari ini, kanak-kanaklah yang paling teruja mencuba pelbagai inovasi dan teknologi baharu. Dari peranti yang memudahkan urusan harian hinggalah ke peranti yang...

AI Drones And Smart Farms: Sarawak’s Rice Revolution Yields 8x More

Sarawak is revolutionizing rice farming through the Sarawak Padi and Rice Board, using AI, drones, and automated irrigation to boost yields from one to eight tonnes per hectare, aiming for 60 percent self-sufficiency by 2030.

Want to stay up to date with the latest news?

We would love to hear from you! Please fill in your details and we will stay in touch. It's that simple!