Kepentingan Teknologi AI Dalam Sistem Pentadbiran Kerajaan

Teknologi AI adalah gabungan sains dan kejuruteraan dalam pembuatan peranti pintar yang mampu membuat keputusan, menyelesaikan masalah rumit dan bertindak balas tanpa campur tangan manusia.

Terdapat tiga (3) peringkat teknologi AI iaitu;

  1. Artificial Narrow Intelligence melakukan fungsi yang telah diperuntukkan sahaja seperti yang terdapat pada SIRI, ALEXA dan kenderaan swapandu.
  2. Artificial General Intelligence yang mampu untuk berfikir dan membuat keputusan seperti manusia.
  3. Artificial Super Intelligence yang melebihi jangkauan akal manusia dan sering dibayangkan dalam filem Hollywood.

Sementara itu, terdapat empat (4) jenis kecerdasan buatan iaitu;

  1. Reactive Machine AI yang beroperasi berdasarkan data sedia ada dengan melakukan tugas yang telah diprogramkan melalui algoritma seperti yang terdapat pada IBM Deep Blue yang berjaya mengalahkan juara dunia catur Garry Kasparov pada tahun 1997.
  2. Limited Memory AI yang mampu memaklumkan dan menambah baik keputusan berdasarkan analisa data raya dan ia boleh dilihat pada kenderaan swapandu.
  3. Theory of Mind AI adalah jenis AI yang kompleks dan fokus membaca emosi manusia serta memudahkan pemahaman dan komunikasi antara manusia dan mesin.
  4. Self-aware AI yang boleh membuat keputusan dan bertindak dengan sendiri.

Aplikasi khusus AI termasuklah pembelajaran mesin (machine learning), pembelajaran mendalam (deep learning), pemprosesan bahasa alami (natural language processing), robotika (robotic), sistem pakar (expert system), pemprosesan bahasa semula jadi (natural language processing), pengecaman pertuturan (speech recognition) dan penglihatan mesin (machine vision).

Pengaturcaraan dalam teknologi AI pula memberi tumpuan kepada tiga kemahiran kognitif iaitu pembelajaran (learning), penaakulan (reasoning) dan pembetulan sendiri (self-correction).

Kini, AI dilihat sebagai salah satu faktor penting yang dapat meningkatkan kecekapan, mengoptimumkan proses dan mencetuskan inovasi dalam sistem pentadbiran sesebuah syarikat atau organisasi.

Dalam sektor kerajaan mahupun swasta misalnya, teknologi AI membolehkan pembuatan keputusan yang lebih cerdas, menjimatkan kos dan penyampaian perkhidmatan lebih baik.

Contohnya, penggunaan chatbot AI dalam sistem sokongan pelanggan dapat mempercepatkan masa tindak balas kepada pertanyaan dan aduan awam.

Penggunaan chatbot AI dalam sistem sokongan pelanggan dapat mempercepatkan masa tindak balas kepada pertanyaan dan aduan awam

Selain itu, sistem tradisional yang mana rakyat beratur panjang di kaunter perkhidmatan kerajaan boleh ditambah baik dengan menggunakan AI.

Automasi proses melalui AI dapat membantu mengurangkan kos operasi kerajaan dan meminimumkan pembaziran sumber seperti kertas, cetakan, masa dan tenaga.

Sebagai contoh, penggunaan teknologi AI dalam pengurusan data dan analitik dapat memudahkan pembuatan keputusan lebih efisien dan berinformasi.

Melihat kepada kepentingan teknologi AI ini, Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg memaklumkan bahawa Kerajaan Sarawak akan menubuhkan pusat AI yang pertama pada tahun 2025.

Berkenaan perkara ini, beliau menegaskan bahawa peruntukan kepada pengurusan Pusat Kecerdasan Buatan Sarawak (SAIC) ini termasuk generatif AI perlu diberikan.

Primier Sarawak melakukan simbolik Pelancaran Inisiatif Komputer Riba Percuma dan Majlis Penyampaian Anugerah Khas Premier Sarawak (AKPS) Ke-31

Sehubungan itu, beliau turut mencadangkan agar satu bengkel diadakan untuk penjawat awam bagi membiasakan mereka terhadap generatif AI.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Inisiatif Komputer Riba Percuma dan Majlis Penyampaian Anugerah Khas Premier Sarawak (AKPS) Ke-31 di Pusat Acara Hikmah Exchange pada 8 Ogos, lalu.

Secara dasarnya, terdapat dua faktor yang membolehkan teknologi AI dilaksanakan iaitu teknologi dan tenaga elektrik, namun Sarawak masih kekurangan teknologi yang diperlukan, malah perlu banyak belajar untuk menyokong perkembangan AI di negeri ini.   Kerana itu, Kerajaan Sarawak terus komited untuk meneroka potensi teknologi AI ini untuk membuka potensi penuh kesalinghubungan yang membawa kepada peningkatan kecekapan, produktiviti dan inovasi di negeri ini.

More from author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related posts

Advertismentspot_img

Latest posts

Technological Pathways for a Sustainable Sarawak Through PCDS 2030

Sarawak’s PCDS 2030 must evolve from static announcements into an interactive, AI-driven ecosystem. Engaging digital-native youth through gamified platforms, open data, and blockchain co-creation transforms them into active co-creators of a sustainable, inclusive, MADANI-aligned future, advancing SDGs and digital equity.

Teknologi VR Merubah Cara Kita Berinteraksi

Dalam dunia teknologi hari ini, kanak-kanaklah yang paling teruja mencuba pelbagai inovasi dan teknologi baharu. Dari peranti yang memudahkan urusan harian hinggalah ke peranti yang...

AI Drones And Smart Farms: Sarawak’s Rice Revolution Yields 8x More

Sarawak is revolutionizing rice farming through the Sarawak Padi and Rice Board, using AI, drones, and automated irrigation to boost yields from one to eight tonnes per hectare, aiming for 60 percent self-sufficiency by 2030.

Want to stay up to date with the latest news?

We would love to hear from you! Please fill in your details and we will stay in touch. It's that simple!