Meningkatkan Penggunaan Tenaga Boleh Diperbaharui

Secara dasarnya, meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui memerlukan usaha bersama dari semua lapisan masyarakat.

Dengan strategi yang tepat, kita dapat mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga fosil dan menuju ke arah masa depan yang lebih mampan malah, setiap langkah kecil yang diambil akan membawa impak besar kepada planet kita.

RAKAN Sarawak/Smart Sarawak telah berpeluang menemu bual Pengarah Institut Tenaga Masa Hadapan (IFE), Profesor Madya Ir. Dr. Md Pauzi Abdullah secara dalam talian untuk mendapatkan pandangan beliau tentang penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

Pengarah IFE, Profesor Madya Ir. Dr. Md Pauzi Abdullah

Menurut beliau, selaras dengan inisiatif Malaysia untuk meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui, IFE turut memainkan peranan penting dalam Penyelidikan dan Inovasi; Latihan dan Pendidikan; serta Pembangunan Bakat.

Dari sudut Penyelidikan dan Inovasi, IFE menerajui inisiatif penyelidikan yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan, kebolehpercayaan dan keberkesanan kos teknologi tenaga boleh diperbaharui.

Melalui projek penyelidikan kolaboratif dengan rakan Kongsi industri dan ahli akademik, IFE memupuk inovasi dan membangunkan penyelesaian praktikal untuk menangani cabaran tenaga Malaysia.

Statistik berkaitan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia (Sumber: Suruhanjaya Tenaga Malaysia)

IFE juga merintis teknologi baharu dalam teknologi tenaga boleh diperbaharui. Yang terkini, IFE melalui UTMOcean Thermal Energy Centre akan melancarkan Loji demonstrasi Hybrid Ocean Thermal Energy Conversion (H-OTEC) pertama di dunia di Teluk Kemang, Port Dickson yang bernilai RM 21 juta.

Projek ini diketuai oleh UTM dan Universiti Saga, Jepun dan dibiayai oleh pihak Japanese Internatonal Collaboration Agency (JICA), Japan Science & Technology (JST) dan dana padanan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia (KPT).

OTEC ialah satu proses atau teknologi untuk menghasilkan tenaga dengan memanfaatkan perbezaan suhu (kecerunan terma sekitar 20-22 °C) antara air laut di permukaan dan air laut dalam (sekitar 800 hingga 1000-meter bawah paras laut).

Matlamat utama program H-OTEC ini adalah untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi sistem OTEC Hibrid atau H-OTEC, yang menggabungkan penjanaan tenaga elektrik dan teknologi penyahgaraman air laut untuk menjadi air minuman.

Komitmen pada Kelestarian – National Energy Transition Roadmap (NETR), Malaysia

IFE melalui Centre of Hydrogen Energy (CHE) turut akif di dalam penyelidikan berkaitan teknologi hidrogen.

Motorsikal berkuasa hidrogen yang dinamakan H2 Motive ini telah dibangunkan bermula pada tahun 2004 dan telah memenangi perlumbaan Solar Challenge Competition yang diadakan di Afrika Selatan bermula pada 26 September 2008 merentasi jarak tunggangan hydrog sejauh 5,000 km.

H2 Motive memenangi tempat pertama bagi kategori Armada Hijau (Green vehicle), Mendaki Gunung (Mountain Climbing) dan Anugerah Khas (Special Award).

Manakala bagi sintesis atau pengeluaran hidrogen, penyelidik IFE berkeupayaan untuk menghasilkan hydrogen hijau menerusi tindak balas elektrolisis bersuhu tinggi menggunakan tenaga boleh diperbaharui yang telah diterbitkan dalam artikel jurnal berimpak tinggi.

Selain itu, alat elektrolisis hidrogen pertukaran proton (PEM) membolehkan hidrogen dihasilkan dengan memisahkan molekul air menggunakan tenaga solar fotovoltaik yang merupakan salah satu sumber tenaga boleh diperbaharui.

Dari segi Latihan dan Pendidikan, IFE berfungsi sebagai hab untuk menyediakan hidrogen dan hidrogen khusus tentang teknologi tenaga boleh diperbaharui yang baru muncul, termasuk pengeluaran dan penggunaan hidrogen, serta strategi kecekapan tenaga elektrik.

Antara sumber tenaga boleh diperbaharui

Dengan menawarkan bengkel dan seminar. IFE membantu profesional industri dan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk memacu penggunaan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui.

Menerusi kerjasama antara IFE, UTM bersama dengan TNB Power Generation (TNB Genco) dan TNB Integrated Learning Solution (TNB ILSAS), pihak IFE telah memberikan latihan intensif kepada lebih 200 orang eksekutif kanan dan staf di TNB.

Tujuannya adalah untuk mendalami rantaian nilai Teknologi hidrogen (hydrogen value chain technologies) menerusi Hydrogen 101 for TNB Executives, Seminar on Hydrogen and Carbon Capture Utilization, Storage (CCUS) Technology dan juga latihan Hydrogen Technology: A Catalyst for Renewable Energy Transition and the Crucial Role of Power Grids.

IFE, melalui Centre of Electrical Energy Systems (CEES) adalah tersenarai sebagai salah satu pusat penyedia Program Pembangunan Berterusan bagi Suruhanjaya Tenaga Malaysia yang menawarkan Kursus Pendek;

  1. Short course on efficient energy management in commercial and industrial buildings
  2. Energy management for lighting systems

Dari segi Pembangunan Bakat, IFE secara aktif menyumbang kepada pembangunan bakat dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dengan menawarkan program pasca siswazah dan peluang penyelidikan.

Dengan memupuk generasi baharu pakar dan penyelidik dalam tenaga boleh diperbaharui, IFE memastikan bekalan profesional mahir yang mantap yang dilengkapi dengan perkembangan teknologi terkini untuk memacu peralihan tenaga boleh diperbaharui negara ke hadapan serta memastikan keterjaminan bekalan tenaga negara.

More from author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related posts

Advertismentspot_img

Latest posts

Sustainability in Action

The Hari Terbuka Keusahawanan Sosial Belia (HTKSB) showcased Sarawak's social entrepreneurs, inspiring youth to pursue impactful business models that address community issues and promote sustainable development

A Smartphone-Based Screening System

UNIMAS’ smartphone-based screening system showcases digital innovation in healthcare, encouraging young researchers to embrace ethical practices, interdisciplinary collaboration, and clear communication to drive meaningful advancements in medical technology.

Peluang dan Cabaran Sektor Ekonomi GIG

Ekonomi Gig merupakan salah satu daripada pelbagai model perniagaan dalam e-Dagang atau Ekonomi Digital yang tertakluk kepada Seksyen 4 (a) di bawah ACP, 1967.

Want to stay up to date with the latest news?

We would love to hear from you! Please fill in your details and we will stay in touch. It's that simple!