Pentingnya DCC Buat Penduduk Kampung Sebiris Dan Sebako

Matlamat penubuhan DCC adalah untuk memastikan Negeri Sarawak akan terus maju sebagai hub ekonomi digital di rantau ini, dan melalui projek tersebut, ia mampu meningkatkan lagi pengetahuan digital dalam kalangan komuniti setempat.

Seperti yang kita sedia maklum, DCC berperanan sebagai pusat pembelajaran yang menyediakan pelbagai latihan, program kesedaran dan penglibatan komuniti, malah turut berfungsi sebagai pusat kemahiran digital komuniti dan membina keupayaan bakat (ekonomi berasaskan kemahiran).

Menurut Puan Nurnirmala bt Abdullah, DCC wajar diwujudkan bagi membantu komuniti luar bandar terutama di Kampung Sebiris menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan memandangkan tidak semua penduduk kampung memiliki kemudahan seperti komputer, komputer riba, ipad dan sebagainya.

Puan Nurnirmala bt Abdullah

Kemudahan-kemudahan yang ada di DCC terutamanya internet sangat membantu penduduk Kampung Sebiris menjalankan urusan harian seperti mencari maklumat dan untuk tujuan pembelajaran.

Bagi Puan Florence anak Achey, kewujudan DCC ini jelas membuktikan adanya pembangunan dan kemajuan yang dibawa kepada komuniti di sesuatu tempat dan akhirnya komuniti akan mempunyai pemikiran yang lebih terbuka terhadap ekonomi digital.

Puan Florence anak Achey

Internet pada masa kini sangat penting kerana ia banyak membantu masyarakat menjalani urusan setiap hari, misalnya beliau yang menjalankan perniagaan secara dalam talian.

Untuk meluaskan perniagaan mereka, internet adalah satu-satunya bantuan perniagaan yang sangat penting kerana hanya dengan hujung jari, informasi tentang produk dan perniagaan akan sampai kepada orang ramai tanpa perlu membuang banyak masa dan tenaga.

Pada pendapat Cik Evigloria anak Anget, pembangunan DCC di Kampung Sebako dilihat sebagai satu usaha murni Kerajaan Sarawak untuk mewujudkan penggunaan digital secara menyeluruh khususnya dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Cik Evigloria anak Anget

Dengan adanya DCC, masyarakat di Kampung Sebako dapat memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan seperti internet, komputer, mesin cetak dan sebagainya untuk urusan kerja, sekolah, urusan kampung dan sebagainya.

Cik Elfroniza anak Kuanyu pula menganggap kewujudan DCC di Kampung Sebako sangat penting untuk memperkasakan kemahiran dan keupayaan bakat komuniti yang lestari agar mereka tidak ketinggalan arus prasarana transformasi ekonomi digital negeri Sarawak.

Cik Elfroniza anak Kuanyu

DCC sangat banyak membantu penduduk di Kampung Sebako menjalankan urusan harian seperti mencari maklumat, mencari pekerjaan, menyertai program-program yang diadakan dan banyak lagi manfaat-manfaat lain yang dinikmati oleh penduduk kampung.

Analisis penilian sebelum program ‘Digital Spelling Bee’ dijalankan di DCC Sebiris
Analisis penilaian selepas program ‘Digital Spelling Bee’ dijalankan di DCC Sebiris

DCC dikendalikan oleh Sarawak Multimedia Authority (SMA), Pustaka Negeri Sarawak dan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG).

DCC dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti internet jalur lebar, peralatan komputer riba dan tablet, peralatan siding video digital, komputer mikro, koleksi buku serta maklumat digital dalam talian dan sebagainya.

DCC berfungsi sebagai pusat pembangunan kemahiran dan bakat, selain sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan masyarakat, rundingan dan kaunseling, serta pusat pertemuan belia.

DCC Kampung Sebiris kira-kira 10km dari Pekan Lundu manakala DCC Kampung Sebako terletak kira-kira 21km dari Pekan Lundu.

More from author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related posts

Advertismentspot_img

Latest posts

Cultivating the Future Through Sustainable and Smart Farming Transformation

Sarawak pepper, the "King of Spices," is being revitalised through smart farming technologies like IoT sensors, drones, and mobile apps. These innovations double yields, ensure quality, and promote sustainability, empowering smallholder farmers to access premium global markets and secure rural livelihoods.

Smart Solution to Address Losses in the Jellyfish Industry

In an increasingly challenging world facing pressure on natural resources, innovative approaches such as SAJECD deserve continued strengthening, as they demonstrate that effective solutions typically emerge from a deep understanding of on-the-ground realities.

Artificial Intelligence Revolutionizes STEM Education

Despite challenges related to ethics, data security, and the digital divide, various studies indicate that the adoption of AI technology can enhance teaching effectiveness and help students gain a deeper understanding of scientific and technological concepts

Want to stay up to date with the latest news?

We would love to hear from you! Please fill in your details and we will stay in touch. It's that simple!