Old Kuching Smart Heritage Platform Warisan Digital

Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) merupakan usaha dan inisiatif Kerajaan Sarawak ke arah transformasi digital dan pembangunan digital untuk mencapai fasa strategi ekonomi digital Sarawak 2018-2022 yang bertapak sepanjang alur Sungai Sarawak di Kuching.

Di samping itu, OKSHE merupakan platform Smart Community yang kondusif untuk mengembangkan warisan negeri ke persada dunia melalui platform Warisan Digital secara berterusan walaupun dalam keadaan pandemik sekali gus memelihara dan memulihara budaya dan warisan melalui teknologi pintar.

Seperti mana kita ketahui, sektor pelancongan kini berada pada tahap yang agak kritikal pada masa kini, yang mana pemasaran produk warisan yang menjadi nadi kekayaan budaya Sarawak kini hampir lumpuh ekoran pandemik COVID-19 yang melanda.

Kewujudan OKSHE ini adalah merupakan pelancongan digital untuk menghidupkan suasana pelancongan dengan Warisan Digital yang luar biasa selain itu tunjang kehidupan ekonomi tempatan.

Dengan adanya transformasi digital yang diusahakan Kerajaan Sarawak telah membuka peluang dan ruang kepada anak muda untuk menceburi dunia digital dan seterusnya mampu melestarikan pembangunan negeri.

OKSHE mempunyai 44 kawasan sebagai Warisan digital yang telah dibahagikan kepada empat komponen iaitu 10 Warisan Kampung, 25 Warisan Bangunan Bersejarah, enam (6) Warisan Perniagaan dan empat (4) Warisan Tepi Sungai.

Tapak Old Kuching Smart Heritage (OKSHe) sebagai Bandar Warisan Pintar di Sungai Sarawak, Kuching

OKSHE memiliki fokus tersendiri daripada empat komponen tersebut dalam memperkasakan warisan di persada antarabangsa.

Warisan Kampung merupakan pentas dan sistem sokongan dalam membantu sosioekonomi komuniti kampung.

Di samping itu, selaras dengan tujuan Sarawak untuk menjayakan Pelan Transformasi Sosioekonomi (2016-2030).

Warisan Bangunan Bersejarah adalah untuk menerokai dan  Tapak Bangunan Lama Kuching dan Bangunan Bersejarah.

Manakala, Warisan Perniagaan memfokuskan perkembangan perniagaan yang terawal di Kuching yang masih berkembang sehingga kini. 

Manakala, komponen yang terakhir adalah Warisan tepi sungai yang merangkumi Tebingan Kuching, Main Bazaar sepanjang Sungai Sarawak yang menjadi pusat pelancongan, bersejarah dan keunikan pengangkutan Perahu Tambang.

Tujuan OKSHE yang terutama sekali adalah mengiktiraf Kuching sebagai bandar raya warisan.

Hal ini demikian, diwujudkan kerana untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat di peringkat global.

Segala usaha yang diterapkan dalam Fasa Strategi Ekonomi Digital ini memiliki kesinambungan mereka masing-masing yang bermatlamat untuk mencapai visi status negeri maju menjelang 2030.

Aplikasi Sarawak Pay menjadi kemudahan kepada usahawan dan pengguna untuk mengakses cashless payment

Menggunakan platform Sarawak Pay telah memudahkan untuk memasarkan produk warisan secara digital dan lebih komersial yang dilancarkan oleh Centexs Commercial Services Sdn Bhd di bawah Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak pada November 2019.

Hasil kejayaan memasarkan produk warisan ini terbukti berkesan, di mana produk kraftangan Sarawak seperti keringkam, songket, manik dan produk anyaman melalui saratage.com adalah akses pasaran yang luas kepada pengusaha tempatan.

saratage.com platform untuk memasarkan kraftangan tradisional seperti keringkam di persada antarabangsa

Usaha yang dilaksanakan melalui OKSHE untuk mengekalkan warisan dengan kaedah yang kontemporari dan lebih maju mengikut peredaran zaman agar warisan tidak lapuk ditelan zaman dan mengikut piawaian infrastruktur dan prasarana pintar perlu digiatkan lagi dan dikembangkan konsepnya di tempat-tempat lain  di Sarawak.

More from author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related posts

Advertismentspot_img

Latest posts

Cultivating the Future Through Sustainable and Smart Farming Transformation

Sarawak pepper, the "King of Spices," is being revitalised through smart farming technologies like IoT sensors, drones, and mobile apps. These innovations double yields, ensure quality, and promote sustainability, empowering smallholder farmers to access premium global markets and secure rural livelihoods.

Smart Solution to Address Losses in the Jellyfish Industry

In an increasingly challenging world facing pressure on natural resources, innovative approaches such as SAJECD deserve continued strengthening, as they demonstrate that effective solutions typically emerge from a deep understanding of on-the-ground realities.

Artificial Intelligence Revolutionizes STEM Education

Despite challenges related to ethics, data security, and the digital divide, various studies indicate that the adoption of AI technology can enhance teaching effectiveness and help students gain a deeper understanding of scientific and technological concepts

Want to stay up to date with the latest news?

We would love to hear from you! Please fill in your details and we will stay in touch. It's that simple!