Masalah dan Penyelesaian Bagi Komputer ‘Slow Down’

Terdapat pelbagai masalah yang boleh menyebabkan komputer menjadi lambat antaranya ialah Program di Startup; Fail Cakera Keras; Virus; Penggunaan RAM; Notifikasi Pop-up; dan Hard Disk Drive (HDD) ke Solid-State Drive (SSD).

Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Samarahan berkongsi maklumat tentang ‘Masalah dan Penyelesaian Bagi Komputer ‘Slow Down’’

Punca-punca masalah yang sering kali timbul terhadap program di proses “startup” ialah kerana terlalu banyak program ditetapkan secara automatik di “startup” setiap kali anda menghidupkan komputer.

Tidak menyedari bahawa program ini kemudiannya terus berjalan di latar belakang semasa menggunakan komputer anda.

Oleh itu, untuk meningkatkan kelajuan pada komputer, pengguna disarankan untuk menghadkan jumlah program semasa ‘startup’.

Salah saatu cara untuk menyelesaikan masalah fail cakera keras ialah dengan melakukan ‘Disk Cleanup’ iaitu menghapuskan fail yang tidak diperlukan

Masalah fail cakera keras pula ialah, fail yang tidak perlu dan fail pendua yang tersimpan di cakera keras akan menyebabkan prestasi perlahan.

Beberapa langkah yang boleh diambil oleh pengguna untuk menyelesaikan masalah fail cakera keras ialah dengan melakukan;

  1. Disk Cleanup iaitu menghapuskan fail yang tidak diperlukan
  2. Defragmentation iaitu menghapuskan fail pendua dan fail yang tidak diperlukan secara menyeluruh.
Virus adalah serangan komputer yang dapat menjejaskan prestasi komputer

Virus pula merupakan antara jenis serangan komputer yang akan menjejaskan prestasi komputer di mana ia mempunyai tempoh pengeraman.

Virus pada komputer juga boleh berjangkit (mereplikasi dirinya dengan melampirkan dirinya pada program lain) selain memusnahkan data-data dalam komputer anda.

Oleh itu, pengguna adalah disarankan untuk kerap mengimbas virus dan mengalih keluar sebarang penemuan berbahaya yang mungkin menjejaskan prestasi komputer anda.

Pengguna komputer boleh membeli memuat naik anti-virus dalam komputer masing-masing sama ada secara percuma atau berbayar

Masalah seterusnya adalah berkaitan dengan penggunaan RAM di mana dengan terlalu banyak perkara yang mengisi RAM akan memperlahankan prestasi komputer.

Oleh itu, cara penyelesaiannya adalah dengan mengurangkan penggunaan RAM dengan menjadikan satu kebiasaan menutup tetingkap dan keluar sepenuhnya program sebaik sahaja selesai.

Pengguna juga perlu menamatkan proses yang tidak diperlukan serta menukar tetapan khususnya tetapan grafik dan langkah seterusnya adalah dengan menambah saiz RAM.

Notifikasi Pop-up pula merupakan keadaan komputer dengan Windows ada menyediakan notifikasi Pop-up bagi tujuan memberi maklumat terkini berkenaan aplikasi tersebut.

Masalahnya, semakin banyak aplikasi mula menawarkan pemberitahuan dan boleh mula mengganggu komputer jika menghidupkannya terlalu banyak.

Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah ini, pengguna harus pergi ke tetapan pemberitahuan dan melumpuhkan mana-mana aplikasi yang anda rasa tidak perlu dengan cara (klik Start > Setting > System > Notification dan Action)

HDD merupakan sejenis storan yang digunakan secara meluas pada hari ini sama ada sebagai storan utama untuk memasang sistem operasi komputer, atau sebagai storan luaran untuk menyimpan data.

HDD mempunyai komponen bergerak seperti cakera berputar dan juga lengan untuk membaca atau menulis data ke cakera tersebut.

Anda mungkin boleh mendengar atau rasa putaran HDD anda apabila ia sedang digunakan dan cakera HDD disaluti bahan bermagnetik kerana menggunakan teknologi storan magnetik untuk menyimpan data.

Gambar menunjukkan Solid-State Drive (SSD) dan Hard Disk Drive (HDD) yang terdapat pada komputer

Kepantasan menulis atau membaca HDD bergantung kepada kelajuan putaran per minit cakeranya dan kelajuan untuk menulis atau membaca adalah sekitar 80-160 MB/s sahaja dan kelajuan masih perlahan antara sebab komputer lambat untuk mula dan program berat ambil masa lama untuk buka.

Oleh itu, cara penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan menggunakan SDD yang mempunyai kepantasan menulis atau membaca di sekitar 500MB/s kerana ia lebih pantas daripada HDD.

SDD ialah storan yang menggunakan cip litar bersepadu untuk menyimpan data di mana anda boleh membayangkan ia seperti storan USB Flash drive/thumbdrive yang disusun berlapis-lapis.

Berbeza dengan HDD, SSD tidak mempunyai komponen bergerak dan ini menjadikan SSD sangat senyap (tiada bunyi) malah, penggunaan mikrocip juga menjadikan SSD sangat laju dalam memproses baca serta menyimpan data dan ia juga sedikit menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

Pada awalnya SSD menggunakan teknologi seperti memori (RAM) komputer dan dengan cara ini, memori yang disimpan berada dalam keadaan mudah ruap (volatile) dan perlukan tenaga elektrik secara berterusan.

Topik ‘Masalah dan Penyelesaian Bagi Komputer “Slow Down’’ ini telah disampaikan oleh Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Samarahan semasa Program Randau Digital yang diadakan di Kampung Nyabor, Kabong pada 26 Julai 2022.

Previous article
Next article

More from author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related posts

Advertismentspot_img

Latest posts

Cultivating the Future Through Sustainable and Smart Farming Transformation

Sarawak pepper, the "King of Spices," is being revitalised through smart farming technologies like IoT sensors, drones, and mobile apps. These innovations double yields, ensure quality, and promote sustainability, empowering smallholder farmers to access premium global markets and secure rural livelihoods.

Smart Solution to Address Losses in the Jellyfish Industry

In an increasingly challenging world facing pressure on natural resources, innovative approaches such as SAJECD deserve continued strengthening, as they demonstrate that effective solutions typically emerge from a deep understanding of on-the-ground realities.

Artificial Intelligence Revolutionizes STEM Education

Despite challenges related to ethics, data security, and the digital divide, various studies indicate that the adoption of AI technology can enhance teaching effectiveness and help students gain a deeper understanding of scientific and technological concepts

Want to stay up to date with the latest news?

We would love to hear from you! Please fill in your details and we will stay in touch. It's that simple!