Kerajaan Pertimbang Kaji Semula Dasar Teknologi Kewangan Sedia Ada

Kerajaan akan mempertimbang untuk mengkaji semula dasar kewangan sedia ada bagi menangani beberapa isu dalam sektor berkenaan, biarpun Malaysia mencatatkan kemajuan yang cukup besar dalam penerapan aplikasi teknologi kewangan ataupun fintech ke arah penyertaan kewangan.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan YB Mohd Shahar Abdullah, antara dasar yang bakal dikaji termasuklah dasar bagi mengatasi jurang teknologi antara generasi, ketersediaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mengguna pakai perkhidmatan kewangan digital serta memajukan sektor ekonomi halal menerusi platform digital.

Berdasarkan rekod, lebih daripada 85 peratus populasi negara ini yang berusia 15 tahun ke atas mempunyai akses ke akaun kewangan.

Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan komited dalam memastikan setiap individu di Malaysia mempunyai peluang sama rata untuk mengakses perkhidmatan kewangan.

Menyentuh mengenai kewangan Islam, YB Mohd Shahar memaklumkan bahawa Malaysia terus mengekalkan kedudukan pada tahun lepas sebagai perintis global dalam kewangan Islam dengan menguasai 20 peratus daripada aset kewangan Islam global selain mengekalkan kedudukan sebagai penerbit sukuk teratas dengan penguasaan 36.8 peratus daripada jumlah tertunggak sukuk global 2019.

Pencapaian tersebut disumbangkan oleh beberapa faktor pelaksanaan inisiatif merangkumi perbankan, takaful atau insurans, pasaran modal dan kewangan alternatif telah dikenal pasti oleh kesinambungan dan kerjasama dasar dalam kalangan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang berlainan dalam satu jangka masa.

YB Mohd Shahar memaklumkan perkembangan tersebut dalam ucaptama beliau sebelum melancarkan laporan Bank Dunia mengenai “Islamic Finance and Financial Inclusion in Malaysia” dan “Memanfaatkan Teknologi Kewangan (Fintech) Untuk Meningkatkan Penyertaan Kewangan” di Kuala Lumpur pada 7 Oktober 2020.

Majlis tersebut yang berlangsung secara maya diadakan sempena Forum Kemampanan dan Keterangkuman Kewangan dalam talian anjuran bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Dunia selama empat hari.

More from author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related posts

Advertismentspot_img

Latest posts

Your Digital Life, Your Sovereignty: How Data Governance Shapes the Sarawakian Lifestyle

Sarawak's digital sovereignty empowers citizens through robust data protection and local governance. By embracing cyber resilience as collective responsibility, we build trusted ecosystems where personal information remains secure, fostering confidence in e-services and enabling a thriving digital lifestyle for all.

The Digital Divide in Civic Life

Malaysia’s e-government ranks high globally, yet rural Sarawak struggles with spotty connectivity and low digital literacy. Welfare vouchers, health bookings, and aid remain inaccessible for many indigenous communities, exposing a civic divide where digital transformation excludes those it promises to serve.

Civil Service Digital Era: Iltizam Act Drives Compliance

The Iltizam Act drives civil service transformation by mandating digital systems, a 25% reduction in regulatory burden, one-in, one-out rules, and performance ratings. Innovation becomes a compliance necessity, compelling agencies to modernise workflows, cut bureaucracy, and deliver faster, data-driven, citizen-focused public services.

Want to stay up to date with the latest news?

We would love to hear from you! Please fill in your details and we will stay in touch. It's that simple!