Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Untuk Daerah Kecil Mulu

Kerajaan Sarawak telah melakukan banyak usaha untuk menghubungkan seluruh kawasan luar bandar dengan penghubung jalur lebar kerana untuk menggerakkan ekonomi negeri ini, Sarawak mesti mempunyai infrastruktur asas ini selain daripada bekalan air, elektrik dan jalan raya.

Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (High-Speed Broadband Connectivity) adalah satu transformasi yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak di kawasan luar bandar bagi membolehkan masyarakat berhubung diantara satu sama lain dalam semua sektor termasuk ekonomi dan sosial.

Dengan adanya internet, kita dapat melihat bagaimana murid-murid dapat berinteraksi dengan guru mereka dengan lebih mudah dan ia sudah tentu akan dapat menambah ilmu kepada mereka.

Menurut Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, beliau telah melaksanakan inisiatif ini sejak 2017 apabila mengambil alih tampuk kepimpinan sebagai Ketua Menteri Sarawak dengan memperkenalkan ekonomi digital.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran High-Speed Broadband Connectivity to Mulu bertempat di Mulu Marriot Resort dan Spa pada 7 April 2021.

Penyampaian cenderahati kepada Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg setelah melancarkan “High-Speed Broadband Connectivity to Mulu” di Mulu Marriot Resort dan Spa pada 7 April 2021

Sehubungan itu, beliau memberitahu di dalam Blueprint (2018-2022), Sarawak akan memiliki sekurang-kurangnya 1,200 menara komunikasi untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar antara luar bandar dan bandar menjelang 2022.

Tambah beliau lagi, kesemua menara telekomunikasi itu akan dilengkapi dengan peranti yang membolehkan penghubungan di antara satu titik dengan titik lain.

Untuk merealisasikan hasrat tersebut, Kerajaan Sarawak menerusi Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) sedang dalam usaha membangunkan 600 menara telekomunikasi manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pula akan membangunkan 686 menara di bawah inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Menyentuh tentang Mulu, beliau tidak menafikan bahawa landskap Mulu yang berbukit bukau boleh menyebabkan berlakunya gangguan isyarat dan disebabkan keadaan tersebut, kerajaan perlu mendirikan menara di kedudukan yang tepat untuk memiliki isyarat yang stabil.

Ketua Menteri menegaskan bahawa Kerajaan Sarawak akan meneruskan usaha untuk meningkatkan jurang jalur lebar di kawasan-kawasan luar bandar yang lain agar rakyat di negeri ini akan mempunyai sistem penghubung yang lebih mantap.

Beliau setuju dengan kenyataan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu YB Dato Gerawat Gala yang mengatakan, perkara utama yang akan ditanya oleh penginap di hotel ialah kata laluan WiFi kerana inilah budaya masyarakat sekarang.

Namun melihat kepada situasi di Mulu Marriot Resort, kelajuan internet belum mencapai tahap yang memuaskan kerana belum dapat menerima isyarat internet secara menyeluruh.

Oleh kerana itu, Kerajaan Sarawak telah bersetuju untuk menaiktaraf kelajuan internet di keseluruhan bangunan Mulu Marriot Resort untuk kemudahan pelawat.

Dengan adanya internet berkelajuan tinggi, maka usaha untuk mempromosi sektor ekonomi dan pelancongan di Daerah Kecil Mulu ini mampu dilakukan dengan lebih agresif lagi.

More from author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related posts

Advertismentspot_img

Latest posts

Civil Service Digital Era: Iltizam Act Drives Compliance

The Iltizam Act drives civil service transformation by mandating digital systems, a 25% reduction in regulatory burden, one-in, one-out rules, and performance ratings. Innovation becomes a compliance necessity, compelling agencies to modernise workflows, cut bureaucracy, and deliver faster, data-driven, citizen-focused public services.

Digital Life: Powerful Convenience, Hidden Risks, Constant Vigilance Required

Digital transformation has revolutionized daily life such as streamlining government services, banking, healthcare, and education while simultaneously introducing new vulnerabilities: data breaches, algorithmic bias, and surveillance-driven burnout. The path forward demands intentionality: informed citizens, accountable institutions, and technology that empowers rather than quietly dominates human autonomy.

Why We Fall For It: How Misinformation Hijacks Local Facebook Groups and WhatsApp Chats

Misinformation hijacks local WhatsApp and Facebook groups by exploiting trust, fear, and community pride. It makes fake warnings feel like caring alerts, causing real-world panic. Combat it with gentle questions and private corrections, not public call-outs, to preserve online harmony.

Want to stay up to date with the latest news?

We would love to hear from you! Please fill in your details and we will stay in touch. It's that simple!