DCC Tingkatkan Ketercapaian Digital

Sebanyak 12 DCC yang diselia oleh Pustaka Negeri Sarawak setakat ini termasuk empat (4) buah Perpustakaan Desa Perpustakaan Negara Malaysia (PD PNM).

Sejak tahun 2022, pelaksanaan DCC telah memberi impak yang amat besar dalam meningkatkan ketercapaian digital dan kemahiran Teknologi Maklumat (ICT) dalam kalangan komuniti di Sarawak.

Pencapaian yang signifikan ini termasuklah dari segi peningkatan penggunaan teknologi dalam pembelajaran, perniagaan kecil dan sederhana (PKS), serta pembangunan masyarakat secara keseluruhan.

Perkara ini dimaklumkan oleh Encik Ramdzan Bin Saman dari Perkhidmatan Perpustakaan (Community Engagement Services), Pustaka Negeri Sarawak ketika ditemu bual RAKAN Sarawak.

Encik Ramdzan Bin Saman dari Perkhidmatan Perpustakaan (Community Engagement Services), Pustaka Negeri Sarawak

Berkenaan demografi pengguna DCC dari segi umur; beliau memberitahu majoriti pengguna DCC adalah dalam kalangan kanak-kanak.

Namun begitu, terdapat juga kategori yang lebih dewasa, khususnya dalam kalangan mereka yang mengunjungi DCC untuk menyertai program dan ceramah komuniti.

Merujuk kepada statistik kehadiran pengunjung ke DCC, pecahan peratusan berdasarkan umur pada tahun 2023 adalah seperti berikut;

  • Kanak-kanak (46%);
  • Belia (17%);
  • Remaja (16%);
  • Dewasa (14%); dan
  • Warga emas (7%).

Dari segi jantina, secara keseluruhannya, pengguna DCC adalah campuran jantina yang seragam walaupun terdapat kecenderungan bahawa lebih ramai lelaki memilih untuk menggunakan DCC berbanding perempuan dan sebaliknya, mengikut lokasi DCC tersebut.

Kemudian dari segi status pengunjung, ia adalah berbeza mengikut kategori umur, namun kebanyakan pengguna DCC adalah terdiri daripada kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, terdapat juga penglibatan daripada peserta yang lebih dewasa termasuk yang sudah berkahwin.

Merujuk kepada taraf pendidikan; pengguna DCC merangkumi pelbagai tahap pendidikan terutamanya daripada kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Menurut beliau, mereka sering mengunjungi DCC untuk tujuan pembelajaran, eksplorasi teknologi, dan untuk memenuhi aktiviti masa lapang.

Manakala, sebahagian peserta yang mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi seperti individu yang mempunyai Diploma dan Ijazah sarjana muda, mereka datang ke DCC adalah untuk mengikuti aktiviti seperti teknik penulisan resume sekali gus membuktikan bahawa pengguna DCC ini merangkumi pelbagai tahap pendidikan.

Secara dasarnya, DCC menawarkan akses percuma terhadap teknologi dan internet kepada individu yang mungkin tidak mempunyai kemampuan atau kemudahan untuk mendapatkannya di rumah.

Antara kemudahan atau perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang kerap digunakan oleh pengunjung adalah akses kepada internet dan peralatan komputer untuk mencari maklumat, pembelajaran, menjalankan urusan dalam talian, hiburan dan sebagainya.

DCC menyediakan aktiviti pembelajaran dan latihan untuk meningkatkan kemahiran digital dan literasi penduduk

Malah, peralatan komputer seperti komputer peribadi, tablet, televisyen pintar (smart TV) dan mesin pencetak yang disediakan di DCC juga digunakan untuk pelbagai tujuan.

Lebih menarik lagi, ruang ‘makerspace’ juga kerap digunakan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja untuk mencipta projek-projek kreatif menggunakan teknologi seperti Pen 3D.

Dengan menyediakan kemudahan-kemudahan ini secara percuma, ia memberi peluang kepada kedua-dua komuniti bandar dan luar bandar mengakses maklumat, pembelajaran dalam talian, peluang pekerjaan, dan perkhidmatan lain yang terdapat secara atas talian.

Ramai penduduk yang bersyukur dan menghargai inisiatif kerajaan menubuhkan DCC ini di tempat mereka kerana salah satu sebabnya, ia turut menyediakan aktiviti pembelajaran dan latihan untuk meningkatkan kemahiran digital dan literasi penduduk, seperti mereka berpeluang mempelajari asas komputer dan reka bentuk digital.

Bukan setakat itu sahaja, penubuhan DCC ini turut menyokong pembangunan ekonomi mereka dengan memperkenalkan platform kepada usahawan untuk perniagaan dalam talian dan pemasaran digital.

Penubuhan DCC turut menyokong pembangunan ekonomi dan sosial penduduk

Apa yang paling ketara ketika ini ialah, DCC telah berfungsi sebagai pusat sosial yang akan mengeratkan hubungan antara penduduk, meningkatkan kesedaran akan isu-isu tempatan, inisiatif digital sedia ada kerajaan Sarawak dan merangsang pertumbuhan komuniti secara keseluruhan.

DCC menawarkan akses percuma terhadap teknologi dan internet

More from author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related posts

Advertismentspot_img

Latest posts

Cultivating the Future Through Sustainable and Smart Farming Transformation

Sarawak pepper, the "King of Spices," is being revitalised through smart farming technologies like IoT sensors, drones, and mobile apps. These innovations double yields, ensure quality, and promote sustainability, empowering smallholder farmers to access premium global markets and secure rural livelihoods.

Smart Solution to Address Losses in the Jellyfish Industry

In an increasingly challenging world facing pressure on natural resources, innovative approaches such as SAJECD deserve continued strengthening, as they demonstrate that effective solutions typically emerge from a deep understanding of on-the-ground realities.

Artificial Intelligence Revolutionizes STEM Education

Despite challenges related to ethics, data security, and the digital divide, various studies indicate that the adoption of AI technology can enhance teaching effectiveness and help students gain a deeper understanding of scientific and technological concepts

Want to stay up to date with the latest news?

We would love to hear from you! Please fill in your details and we will stay in touch. It's that simple!