Berani Berinovasi Rahsia Kejayaan

Bermula dengan penghasilan serbuk belacan sebagai pencecah buah, 10 tahun yang lepas (2015), Puan Dayang Norelle dari Pelangi Dy Resources cuba berinovasi untuk mempelbagaikan produknya berdasarkan cita rasa ramai.

Puan Dayang Norelle dari Pelangi Dy Resources percaya inovasi makanan perlulah mengambil kira cita rasa setempat dan berbeza dengan produk lain yang ada di pasaran

Kebiasaannya pencecah buah menggunakan serbuk asam, tetapi disebabkan dirinya penggemar belacan, resipi baru “dicipta” dan disesuaikan  dengan memasukkan cili dan serbuk belacan yang telah dibakar.

Sehingga ke hari ini, produk serbuk belacan tersebut kekal menjadi produk paling disukai pembelinya dengan belacan “diimport” khas dari Pulau Pinang bagi memenuhi kriteria halalnya.

Serbuk Belacan Pencecah Buah tetap popular sehingga ke hari ini

Produk Serbuk Belacan mempunyai 3 perisa iaitu Perisa Original (Cabik Geronong), Ikan Bilis dan Udang Kering yang kini boleh didapati hampir ke semua pasar raya di Sarawak.

Malah, kegunaan serbuk belacan tersebut telah dipelbagaikan bukan sekadar pencecah buah, tetapi boleh digunakan sebagai pes nasi goreng, pes sayur midin dan digunakan sebagai bahan untuk membuat cucur.

Salah satu produk yang menarik yang dihasilkan ialah Kerepek Sukun dengan Puan Norelle juga antara penggemar buah sukun.

Bagi memuaskan hati pelanggan dan memberikan lebih pilihan, terdapat empat (4) pilihan perisa dan bahan Kerepek

Jelas Puan Norelle, buah sukun jarang ditemui dan bermusim. Kebiasaannya dia akan mengambil produk bahan mentah daripada orang kampung dan menganggap ini sebahagian daripada caranya membantu golongan petani.

Sehingga ke hari ini Kerepek Buah Sukun menjadi salah satu produk larisnya selain produk lain seperti Kerepek Keledek Ungu dan Kerepek Pisang.

Semua produk dihasilkan di kedainya di Jalan Sekama dan semuanya mendapat permintaan tinggi daripada pengguna.

Menceritakan pengalamannya, Pelangi Dy Resources bermula dengan menjual produk kecantikan sehinggalah kepada produk makanan iaitu daripada menjual produk Jamu Sarawak yang diwarisi secara turun temurun di samping set bersalin di samping serbuk Belacan Pencecah Buah.

Kemudiannya, diperluaskan kepada produk seperti penghasilan popia dengan empat (4) perisa yang unik seperti Popia Cheese, Popia Telur Masin, Popia Original dan Popia Seaweed Cheese Pedas.

Variasi produk popia yang dihasilkan oleh Pelangi Dy Resources

Beralih kepada penghasilan kerepek Sukun, Kerepek Keledek Ungu, Kerepek Ubi Belado, Kerepek Ubi Pedas Manis dan Kerepek Pisang Manis.

Puan Dayang Norelle  yang juga salah seorang Usahawan Sarawak ini ditemu bual ini semasa tinjauan RAKAN Sarawak di Karnival Medan Niaga Satok 2025.

More from author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related posts

Advertismentspot_img

Latest posts

Cultivating the Future Through Sustainable and Smart Farming Transformation

Sarawak pepper, the "King of Spices," is being revitalised through smart farming technologies like IoT sensors, drones, and mobile apps. These innovations double yields, ensure quality, and promote sustainability, empowering smallholder farmers to access premium global markets and secure rural livelihoods.

Smart Solution to Address Losses in the Jellyfish Industry

In an increasingly challenging world facing pressure on natural resources, innovative approaches such as SAJECD deserve continued strengthening, as they demonstrate that effective solutions typically emerge from a deep understanding of on-the-ground realities.

Artificial Intelligence Revolutionizes STEM Education

Despite challenges related to ethics, data security, and the digital divide, various studies indicate that the adoption of AI technology can enhance teaching effectiveness and help students gain a deeper understanding of scientific and technological concepts

Want to stay up to date with the latest news?

We would love to hear from you! Please fill in your details and we will stay in touch. It's that simple!