Bekerja dari Rumah

Sejak 50 tahun kebelakangan ini peningkatan teknologi dan perubahan umum dalam budaya kerja telah menyumbang kepada peningkatan pekerjaan jarak jauh. Sebilangan besar orang di negara maju mempunyai akses kepada komputer dan internet berkelajuan tinggi.

Ini membolehkan dan memudahkan mereka berhubung dan bekerja secara “masa nyata” dengan pekerja lain di pelbagai lokasi.

Bekerja dari rumah ialah konsep di mana pekerja boleh melakukan pekerjaannya dari rumah. Kerja dari rumah memberikan waktu bekerja yang fleksibel kepada pekerja dan memudahkan majikan. Kerja dari rumah sangat berguna untuk memberikan keseimbangan kehidupan kerja kepada pekerja dan juga membantu organisasi untuk menyelesaikan kerja.

Konsep bekerja dari rumah kini mendapat kesan positif daripada pandemik koronavirus global semasa. Kini, kebanyakan majikan
menawarkan pilihan ini kepada pekerja mereka.

Sudah menjadi hasrat kebanyakan dalam kalangan kita yang menghargai kebebasan memilih. Boleh dikatakan sebanyak 98% orang ingin mempunyai pilihan untuk bekerja secara jarak jauh (bekerja dari rumah) untuk sepanjang karier mereka. Bekerja dari rumah ialah pendekatan kerja moden yang diaktifkan melalui internet dan mobiliti tanpa mengira lokasi fizikal kerja individu.

72% daripada golongan profesional berbakat bersetuju bahawa fleksibiliti kerja akan sangat penting untuk masa depan pengurusan sumber manusia dan pengambilan pekerja

Laporan Trend Bakat Global LinkedIn untuk 2019

Bekerja dari rumah juga dikenali sebagai bekerja dari jarak jauh yang menunjukkan bahawa pekerja bekerja dari lokasi terpencil biasanya di rumah. Terdapat banyak kelebihan bekerja dari rumah.

Sebenarnya terdapat banyak pemohon pekerjaan untuk pekerjaan tertentu daripada orang tertentu yang mempunyai kekangan lokasi atau daripada orang kelainan upaya. Malah dalam situasi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang cenderung
meninggalkan pekerjaan kini boleh dikekalkan untuk pekerjaan itu. Bekerja dari rumah juga dapat mewujudkan lebih banyak
keseimbangan kehidupan kerja. Ramai dalam kalangan kita yang berpendapat bahawa suasana yang lebih tenang atau mesra yang dijumpai di rumah yang membantu menumpukan perhatian pada pekerjaan dan dengan itu mereka dapat menyelesaikan kerja yang ditugaskan dengan cepat.

Selain daripada itu, terdapat banyak penjimatan berkaitan dengan kos infrastruktur pejabat seperti ruang, bil elektrik dan lain-lain dapat diperoleh. Namun tidak semuanya positif mengenai bekerja dari rumah. Terdapat beberapa cabaran yang akan kita
dihadapi ketika bekerja dari jauh/rumah.

Masalah utama yang dihadapi oleh pekerja jarak jauh adalah “berhenti” daripada melakukan kerja. Tanpa perubahan lokasi dan waktu pejabat yang jelas, ramai yang mengalami kesukaran membahagikan dengan jelas masa peribadi dan masa profesional
mereka.

Selain daripada itu kekurangan komunikasi dengan individu lain secara bersemuka boleh menjadi cabaran bagi sesetengah dalam kalangan kita. Sebenarnya, satu pertiga orang bimbang bahawa usaha profesional mereka tidak akan dihargai kerana kurangnya hubungan di pejabat. Seperkara lagi ialah kesukaran memantau kerja yang ditugaskan selain masalah keselamatan dengan
data yang dipindahkan dan tidak dapat dipantau dengan mudah.

Kos infrastruktur teknologi yang diperlukan untuk melaksanakan konsep ini juga ada kalanya tinggi. Bukan semua pekerjaan sesuai
untuk konsep kerja dari rumah. Kadang kala masalah komunikasi antara pekerja menjadikannya masalah untuk pekerjaan tertentu.
Bekerja dari rumah atau dari jauh kini akan menjadi norma yang lebih biasa pada masa depan.

Laporan Trend Bakat Global LinkedIn untuk 2019 melaporkan bahawa 72% daripada golongan profesional berbakat bersetuju bahawa fleksibiliti kerja akan sangat penting untuk masa depan pengurusan sumber manusia dan pengambilan pekerja.

Mereka juga mendapati peningkatan 78% dalam jawatan pekerjaan yang diiklankan di LinkedIn yang menekankan tentang kaedah
kerja yang fleksibel sejak dua tahun kebelakangan.

More from author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related posts

Advertismentspot_img

Latest posts

Digital Age Mental Health Crisis

Digital pressures and heavy screen time are severely impacting youth mental health across Malaysia and Sarawak. Experts warn that immediate, collaborative community action is urgently required to protect vulnerable teenagers from escalating online addiction, cyberbullying, and severe psychological distress.

Sarawak Advances Sustainable Smart Homes

The UTS Smart Home prototype in Sibu showcases Sarawak’s commitment to sustainable living. Constructed from repurposed shipping containers and equipped with solar panels and rainwater harvesting, it demonstrates how green technology can enhance modern residential living across the state.

Weaving the Digital Thread

ICT can keep Sarawak's living heritage alive. Phones, WhatsApp, radio, and community centres connect youths with elders. Small grants support monthly recording circles. Heritage lives when people share songs, crafts, recipes, and stories often. This turns archives into daily practice.

Want to stay up to date with the latest news?

We would love to hear from you! Please fill in your details and we will stay in touch. It's that simple!