Indeks Bangunan Hijau Promosi Kesejahteraan Masyarakat

Date:

Indeks Bangunan Hijau mungkin masih asing dalam masyarakat kita ekoran pembangunan yang sering berlaku malah elemen ini telah diterapkan oleh beberapa buah negara maju dalam menjimatkan tenaga dan air.

Kawasan Indeks Bangunan hijau ini terkenal dengan persekitaran hijau di mana kawasan yang membangun masih mengekalkan pembangunan hijau yang inovatif turut menggalakkan pelestarian alam dalam persekitaran yang dibina berbanding dengan kawasan komersial yang lain.

Ciri Indeks Bangunan Hijau ini memainkan peranan penting pada infrastruktur yang dibina dan memiliki fungsi tersendiri yang harus memiliki kecekapan struktur nyata yang boleh jelas diukur dalam penggunaan sumber seperti tenaga dan air untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan penghuni dan meningkatkan produktiviti pekerja.

Singapura merupakan negara dalam Asia yang mulai menerapkan prinsip-prinsip bangunan hijau dalam infrastruktur pembangunan mereka sejak tahun 2005 di mana mereka telah mencatatkan 2100 projek bangunan hijau di negara itu.

Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura yang telah melaksanakan Indeks Bangunan Hijau dalam infrastruktur pembangunan

Malaysia telah melaksanakan indeks bangunan hijau sebagai konsep pembangunan dengan menerapkan pembangunan lestari dilengkapi fungsi yang praktikal dan mengekalkan konsep mesra alam kepada pengguna yang mementingkan iklim, pembangunan sosial, infrastruktur dan ekonomi Malaysia.

Di Sarawak, beberapa bangunan utama mula dibangunkan dengan memperkenalkan kaedah Indeks Bangunan Hijau.

Malah, di bawah Indeks Bangunan Hijau, Sarawak turut implementasikan teknologi hijau sejajar dengan dasar teknologi hijau Negara yang mengaspirasikan teknologi hijau sebagai suatu pencetus perkembangan ekonomi negara. 

Untuk itu, Sarawak telah melakukan inovasi teknologi hijau baharu dengan memperkenalkan Bas elektrik pertama di Sarawak.

Bas Elektrik pertama di Sarawak yang melaksanakan inovasi teknologi hijau dibawah projek Indeks Bangunan Hijau (GBI) (Sumber, Astro Awani)

Antara infrastruktur bangunan di Sarawak yang mengguna pakai Indeks Bangunan Hijau adalah Menara Sarawak Energy Berhad yang dibina pada 2013, Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) Kampus Sibu dan Muzium Sarawak yang baharu.

Inisiatif kerajaan Sarawak telah menawarkan konsep bangunan pintar yang turut mengaplikasikan konsep bangunan hijau telah diimplementasikan pada pembangunan bangunan baharu Majlis Bandaraya Miri (MBM).

Selain bangunan baharu MBM, konsep yang sama juga diterapkan pada Bangunan IAC Sarikei.

Masyarakat perlu peka akan kepentingan indeks bangunan hijau untuk mengelakkan perubahan iklim yang drastik bagi mengurangkan pemanasan global.

Eco Ardence Setia Alam disahkan sebagai perumahan mesra alam dalam infrastruktur pembangunan di Malaysia (Sumber, Green Building Index)

Kesimpulannya, reka bentuk bangunan  yang serba moden diselaraskan dengan melaksanakan pembangunan hijau dan pembangunan pintar melambangkan kemajuan bandar-bandar di Sarawak dalam meningkatkan kualiti dalam kemajuan teknologi dan ekonomi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

More like this
Related

Digital Age Mental Health Crisis

Digital pressures and heavy screen time are severely impacting youth mental health across Malaysia and Sarawak. Experts warn that immediate, collaborative community action is urgently required to protect vulnerable teenagers from escalating online addiction, cyberbullying, and severe psychological distress.

Sarawak Advances Sustainable Smart Homes

The UTS Smart Home prototype in Sibu showcases Sarawak’s commitment to sustainable living. Constructed from repurposed shipping containers and equipped with solar panels and rainwater harvesting, it demonstrates how green technology can enhance modern residential living across the state.

Weaving the Digital Thread

ICT can keep Sarawak's living heritage alive. Phones, WhatsApp, radio, and community centres connect youths with elders. Small grants support monthly recording circles. Heritage lives when people share songs, crafts, recipes, and stories often. This turns archives into daily practice.

Digital Failures Are Governance, Not Tech

Governments spend billions digitizing services, yet catastrophic failures persist because the technology works, but the governance does not. From Healthcare.gov to Robodebt, these costly mistakes reveal a pattern: when the interface fails, the state fails its citizens, treating the vulnerable as the problem.