{"id":411,"date":"2021-06-30T14:00:00","date_gmt":"2021-06-30T06:00:00","guid":{"rendered":"https:\/\/sarawaksmart.com\/v1\/?p=411"},"modified":"2021-06-30T11:25:48","modified_gmt":"2021-06-30T03:25:48","slug":"sarawak-id-mudahkan-capaian-perkhidmatan-kerajaan-kepada-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/sarawak-id-mudahkan-capaian-perkhidmatan-kerajaan-kepada-rakyat\/","title":{"rendered":"\u2018Sarawak ID\u2019 Mudahkan Capaian Perkhidmatan Kerajaan Kepada Rakyat"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"has-drop-cap wp-block-paragraph\"><em>Sarawak ID<\/em> ialah satu sistem identiti digital yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak sebagai kemudahan akses digital yang lebih mudah dan selamat kepada semua sistem digital kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Identiti Digital (<em>ID<\/em>) merupakan akses pengenalpastian pasangan data yang mengandungi \u2018log masuk\u2019 dan \u2018kata laluan\u2019 untuk mengakses sistem perkhidmatan Kerajaan Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam hal ini, log masuk terdiri daripada satu set nombor yang dibekalkan kepada setiap pengguna manakala kata laluan merupakan nombor yang tertera pada kad pengenalan (KP) pengguna.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh itu, <em>ID<\/em> boleh didefinisikan sebagai suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital dengan merujuk kepada sumber tunggal yang sahih untuk mendapatkan perkhidmatan digital yang selamat, terjamin dan terlindung.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), <em>ID<\/em> merupakan perwakilan yang unik mengenai identiti seseorang, yang digunakan untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan digital dan menjalankan transaksi secara dalam talian dengan lebih selamat melalui proses pengesahan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) pula mentakrifkan <em>ID<\/em> sebagai perwakilan digital untuk sesebuah entiti yang cukup terperinci untuk membezakan individu tersebut dalam konteks digital.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Manakala, World Bank Identification for Development (<em>ID<\/em>4D) menganggap <em>ID<\/em> sebagai satu set atribut yang disimpan, ditangkap secara elektronik dan kelayakan yang berupaya mengenal pasti seseorang secara unik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam konteks <em>Sarawak ID<\/em>, ia membolehkan orang ramai mengakses dan melakukan pelbagai transaksi dalam perkhidmatan awam tanpa perlu mengingati pelbagai <em>ID<\/em> pengenalan dan kata laluan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Sarawak ID<\/em> yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak telah memudahkan rakyat berurusan secara jarak jauh di alam maya dengan penyedia perkhidmatan digital iaitu Kerajaan Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hal ini kerana ia diguna pakai oleh Kerajaan Sarawak untuk urusan seperti permohonan pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain itu, ia juga diperlukan bagi permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS), membuat pembayaran melalui aplikasi <em>SarawakPay<\/em>, Portal <em>PayBills<\/em> Sarawak, Portal <em>Service Sarawak<\/em>, laman sesawang agensi-agensi Kerajaan Negeri dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"800\" height=\"316\" src=\"https:\/\/sarawaksmart.com\/v1\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/SS-7-5-1-6-2021.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-410\" srcset=\"https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/SS-7-5-1-6-2021.jpg 800w, https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/SS-7-5-1-6-2021-300x119.jpg 300w, https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/SS-7-5-1-6-2021-768x303.jpg 768w, https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/SS-7-5-1-6-2021-150x59.jpg 150w, https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/SS-7-5-1-6-2021-696x275.jpg 696w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><figcaption>Sarawak ID membolehkan pengguna mengakses portal Service Sarawak bagi tujuan pembayaran bil utiliti dan lain-lain<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan memiliki <em>Sarawak ID<\/em>, transaksi perkhidmatan dalam talian dapat dilakukan dengan mudah kerana pengguna hanya perlu mendaftar masuk sekali sahaja untuk mencapai semua perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"465\" height=\"373\" src=\"https:\/\/sarawaksmart.com\/v1\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/SS-7-3-1-6-2021.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-408\" srcset=\"https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/SS-7-3-1-6-2021.jpg 465w, https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/SS-7-3-1-6-2021-300x241.jpg 300w, https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/SS-7-3-1-6-2021-150x120.jpg 150w\" sizes=\"auto, (max-width: 465px) 100vw, 465px\" \/><figcaption>Pengguna yang hendak memuat naik aplikasi SarawakPay di telefon pintar perlu mempunyai Sarawak ID<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Untuk mengelak sebarang kekeliruan, perlu dijelaskan di sini ialah bahawa <em>Sarawak ID<\/em> tidak akan sesekali menggantikan MyKad (Kad Pengenalan) sebagai bukti kewarganegaraan tetapi akan melengkapinya sebagai bentuk pengenalan digital yang digunakan ketika bertransaksi secara digital.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Fakta yang perlu diketahui orang ramai ialah, <em>Sarawak ID<\/em> merupakan perwakilan identiti seseorang dalam talian, manakala MyKad merupakan identiti kebangsaan rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk rakyat Malaysia dalam bentuk fizikal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, rakyat di negeri ini digalakkan untuk memiliki <em>Sarawak ID<\/em> masing-masing kerana ia secara automatik akan didaftarkan sebagai pengguna <em>SarawakPay<\/em> dan bagi mereka yang sudah mendaftar di <em>e-Recruitment<\/em> Kerajaan Sarawak, anda dikira sudah mempunyai <em>Sarawak ID<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"716\" height=\"390\" src=\"https:\/\/sarawaksmart.com\/v1\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/SS-7-4-1-6-2021.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-409\" srcset=\"https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/SS-7-4-1-6-2021.jpg 716w, https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/SS-7-4-1-6-2021-300x163.jpg 300w, https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/SS-7-4-1-6-2021-150x82.jpg 150w, https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/SS-7-4-1-6-2021-696x379.jpg 696w\" sizes=\"auto, (max-width: 716px) 100vw, 716px\" \/><figcaption>Sarawak ID membolehkan pengguna mengakses PayBills Sarawak bagi tujuan pembayaran bil utiliti dan lain-lain<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>SarawakPay<\/em> adalah aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Sarawak untuk membolehkan anda menyimpan wang secara digital (e-dompet), membuat pembayaran dan memindahkan wang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain itu, aplikasi <em>SarawakPay<\/em> juga membolehkan anda menerima wang secara digital, malah mempunyai fungsi pintar seperti bil perpecahan (<em>split bill<\/em>), meminta pembayaran daripada rakan, melihat sejarah transaksi, membayar utiliti serta bil PBT dan banyak lagi keistimewaan yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi pengguna yang telah mendaftar akaun <em>Sarawak ID<\/em>, mereka boleh mengesahkan akaun mereka dengan MyKad melalui eKiosk <em>Service Sarawak<\/em> untuk membolehkan mereka mendapat perkhidmatan yang lebih menyeluruh pada masa akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pelaksanaan sistem <em>ID<\/em> ini sangat bermanfaat kepada Kerajaan Sarawak dan juga rakyat di negeri ini dalam aspek menyokong perkhidmatan digital yang lebih efisien dan dipercayai (<em>trusted digital services<\/em>).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain daripada itu, perlaksanaan sistem digital ini juga dijangka akan menggalakkan lebih banyak inovasi dicipta dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan bagi tujuan penambahbaikan kualiti kehidupan rakyat.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lebih daripada itu, ia dilihat mampu memberi tambah nilai kepada kepesatan pertumbuhan ekonomi digital merentasi pelbagai sektor perkhidmatan seperti perkhidmatan awam, kewangan, e-dagang, e-dompet, e-kesihatan dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Sarawak ID<\/em> juga boleh meningkatkan pengalaman pengguna kerana proses yang diperincikan serta konsisten dengan capaian yang lebih mudah kepada perkhidmatan kerajaan dan perniagaan seperti pengguna <em>SarawakPay<\/em>, <em>e-Recruitment<\/em>, <em>Service Sarawak<\/em>, Paybills Sarawak dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"808\" height=\"391\" src=\"https:\/\/sarawaksmart.com\/v1\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/SS-7-2-1-6-2021.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-407\" srcset=\"https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/SS-7-2-1-6-2021.jpg 808w, https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/SS-7-2-1-6-2021-300x145.jpg 300w, https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/SS-7-2-1-6-2021-768x372.jpg 768w, https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/SS-7-2-1-6-2021-150x73.jpg 150w, https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/SS-7-2-1-6-2021-696x337.jpg 696w\" sizes=\"auto, (max-width: 808px) 100vw, 808px\" \/><figcaption>Pemohon pekerjaan perlu mempunyai Sarawak ID untuk mengakses e-Recruitment Kerajaan Sarawak<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Melihat kepada situasi hari ini di mana seluruh dunia sedang berdepan dengan pandemik COV<em>ID<\/em>-19, sehingga kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COV<em>ID<\/em>-19, <em>Sarawak ID<\/em> telah dapat menyokong berlangsungnya perlaksanaan kerja, pembelajaran, transaksi serta lain-lain aktiviti secara dalam talian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada dasarnya, sistem identiti digital ini bukan hanya dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak mahupun Kerajaan Malaysia, tetapi turut dilaksanakan oleh negara-negara maju seperti di Estonia, Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom, India dan lain-lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hal ini kerana, identiti digital ini telah memudahkan orang awam di negara-negara tersebut mengakses perkhidmatan serta melakukan transaksi dalam talian dengan mengesahkan identiti diri mereka menggunakan identiti digital.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara transaksi yang boleh dilaksanakan oleh rakyat di negara seperti Estonia dengan identiti digital yang mereka miliki ialah seperti membuka akaun tanpa perlu hadir secara fizikal di bank untuk membuktikan identiti mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Identiti digital yang dimiliki juga sangat bermanfaat untuk mereka melakukan konsultasi dengan doktor dan mendapatkan preskripsi ubat-ubatan dalam talian melalui akses kepada rekod kesihatan, melakukan transaksi penyewaan hartanah, mengundi dalam talian, e-pembelajaran dan sebaginya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Telah terbukti bahawa <em>Sarawak ID<\/em> memberi banyak manfaat kepada kerajaan dan rakyat, misalnya ia telah dapat meningkatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan, penjimatan kos, masa dan tenaga serta menggalakkan suasana kerja tanpa kertas (<em>paperless<\/em>).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi pengguna pula, pengesahan identiti menjadi mudah kerana mereka tidak perlu lagi mengingati nama log masuk dan kata laluan yang berbeza untuk mengakses sistem kerajaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sarawak ID memberi banyak manfaat kepada kerajaan dan rakyat, misalnya ia telah dapat meningkatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan, penjimatan kos, masa dan tenaga serta menggalakkan suasana kerja tanpa kertas (paperless).<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":406,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[7],"tags":[135,134,136],"class_list":["post-411","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","category-lifestyle","tag-data","tag-id","tag-perkhidmatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/411","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=411"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/411\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":412,"href":"https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/411\/revisions\/412"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/media\/406"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=411"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=411"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=411"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}