{"id":170,"date":"2020-12-28T08:00:00","date_gmt":"2020-12-28T00:00:00","guid":{"rendered":"https:\/\/sarawaksmart.com\/v1\/?p=170"},"modified":"2020-12-24T14:40:47","modified_gmt":"2020-12-24T06:40:47","slug":"malaysia-berpotensi-menjadi-perintis-fintech-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/malaysia-berpotensi-menjadi-perintis-fintech-islam\/","title":{"rendered":"Malaysia Berpotensi Menjadi Perintis Fintech Islam"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"has-drop-cap wp-block-paragraph\">Malaysia diyakini menjadi perintis dalam bidang kewangan digital atau <em>fintech<\/em> Islam di peringkat dunia berdasarkan kedudukan negara ini sebagai peneraju dalam sektor kewangan Islam.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"alignright size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"225\" height=\"72\" src=\"https:\/\/sarawaksmart.com\/v1\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/kewangan-digital.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-172\" srcset=\"https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/kewangan-digital.jpg 225w, https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/kewangan-digital-150x48.jpg 150w\" sizes=\"auto, (max-width: 225px) 100vw, 225px\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Datuk Wira Dr. Rais Hussin, Malaysia juga berada di kedudukan kukuh untuk merebut pelbagai peluang yang ditawarkan oleh <em>fintech<\/em> Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berdasarkan maklumat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), pinjaman bank-bank Islam telah berkembang sebanyak 8.9 peratus dari tahun ke tahun pada 2018 berbanding dengan 2.5 peratus yang dijana oleh bank-bank konvensional.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jelas beliau, data daripada IMF tersebut menunjukkan peningkatan permintaan di peringkat global terhadap perkhidmatan kewangan yang patuh Syariah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau menambah, kewangan Islam telah bertapak teguh di Malaysia, iaitu mewakili 32 peratus kewangan kepada para pelanggan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walau bagaimanapun, menurut IMF, <em>fintech<\/em> Islam di Malaysia masih berada di peringkat awal dengan hanya penglibatan segelintir kecil syarikat pemula niaga (<em>start-up<\/em>) dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Datuk Wira memaklumkan, kedua-dua kelompok dalam sektor perniagaan berkenaan juga tidak tangkas dalam melonjakkan potensi transformasinya berbanding dengan negara-negara lain seperti Indonesia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau bagaimanapun menyifatkan bahawa pertumbuhan <em>fintech<\/em> Islam di negara ini akan memberi impak terhadap pembangunan di kawasan luar bandar, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pertumbuhan tersebut juga menurut beliau akan menjadi tunjang bagi masyarakat Melayu dari segi peluang penyertaan kewangan unik yang dapat memastikan golongan ini mampu meningkatkan sumbangan terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di peringkat global, United Kingdom (UK) kini mendahului Malaysia, Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam perkembangan <em>fintech<\/em> Islam, iaitu sebanyak 27 <em>fintech<\/em> Islam yang sedang berkembang seperti yang dilaporkan oleh <em>Fintech Futures<\/em> pada Ogos 2020.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setakat Julai 2020, IFN <em>Fintech<\/em>, iaitu sebuah rangkaian global yang mewakili segmen fintech Islam memaklumkan bahawa sebanyak 142 <em>fintech<\/em> Islam direkodkan di seluruh dunia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setakat ini, Malaysia mempunyai 19 <em>start-up fintech<\/em> Islam, diikuti UAE (15), Indonesia (13) dan Arab Saudi (9).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkembangan <em>fintech<\/em> Islam di UK menyaksikan syarikat-syarikat yang mesra Islam mula berminat dalam segmen kewangan Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebuah platform e-kewangan patuh Syariah, iaitu My Ahmed telah dimasukkan ke <em>sandbox<\/em> pengawalseliaan <em>(regulatory sandbox) Financial Conduct Authority (FCA)<\/em> di negara tersebut pada Julai lepas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada bulan yang sama, platform pinjaman rakan kepada rakan (P2P) Islam, iaitu Qardus telah melancarkan perkhidmatannya di UK.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitu juga Minted yang merupakan sebuah platform perdagangan emas patuh Syariah termasuk Kestrl, perbankan alternatif patuh syariah telah merancang untuk melancarkan bank digital pada tahun 2021.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sejak Januari tahun ini, aplikasi perbankan Islam, Niyah dan bank digital patuh Syariah, Rizq juga telah dilancarkan di UK.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kewangan Islam telah bertapak teguh di Malaysia, iaitu mewakili 32 peratus kewangan kepada para pelanggan.<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":171,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2,8],"tags":[44,43,45],"class_list":["post-170","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","category-featured","category-finance","tag-ekonomi-digital","tag-kewangan","tag-tabung"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/170","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=170"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/170\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":181,"href":"https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/170\/revisions\/181"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/media\/171"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=170"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=170"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.sarawaksmart.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=170"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}