Fokus utama kerajaan Sarawak melalui Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022 adalah untuk meningkatkan kebolehcapaian dan mengurangkan jurang digital antara kawasan luar bandar dan bandar di negeri Sarawak.
Tujuan program MYFutureJobs di DCC Kapit adalah untuk membuka peluang pekerjaan kepada pencari kerja awam khasnya untuk penduduk di sekitar Kapit selain memberi pendedahan kepada pencari kerja mengenai penggunaan portal pekerjaan MYFurureJobs.
Petugas-petugas di Pusat Komuniti Digital (DCC) daripada Program Latihan Pengukuhan Graduan Sarawak (GETS) turut membantu dalam perkhidmatan perundingan dan kaunseling berkaitan dengan teknologi digital serta membantu dalam perlaksanaan kerja-kerja perpustakaan sampingan, penganjuran seminar, bengkel ataupun program yang diadakan di DCC.
Pusat Sains Sarawak yang dijangka siap pada 2024 adalah bermatlamat untuk meningkatkan minat, penghargaan dan kefahaman orang ramai terhadap Sains dan Teknologi demi peningkatan ilmiah rakyat Sarawak.
Kemudahan-kemudahan yang ada ini telah dapat membantu komuniti setempat menjalankan tugas-tugas harian yang banyak bergantung kepada internet seperti Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR), pencarian maklumat, mencari kerja, urusan perniagaan dan sebagainya.